Sebuah cerita yang ingin dikongsi..(part 1)

Mungkin tak ramai yang mengenali saya serta keluarga saya.. Tetapi disini saya tetap ingin mengambil kesempatan untuk memberitahu tentang kematian ibu Nur yang tercinta, Allahyarhumah Siti Hawa Deraman.. Tidak banyak waktu yang sering kami habiskan bersama arwah.. Maklumlaa, Nur baru sahaja menghabiskan pelajaran pada peringkat menengah.. Arwah ibu Nur meninggal disebabkan kanser payudara serta kegagalan beberapa organ dalaman.. Sebenarnya dari bulan disember lagi arwah sudah mengadu mempunyai sakit2 belakang dan sering demam seketika. menjelang bulan satu, Nur mula bekerja atas usaha arwah yang beria- ia mencarikan Nur kerja walaupun separuh waktu. Pada bulan itu, arwah sangat rajin menghantar, menjemput, kami di sekolah.. Walaupun kadangkala arwah sering memarahi kami, tapi kami tahu arwah tiada niat untuk memarahi kami. Keadaan arwah bertambah teruk setelah 16/1/18 hari Selasa, dimana arwah telah di ambil sampel pada beberapa bahagian badannya.

Semenjak dari hari itu, arwah semakin mudah penat, pinggangnya selalu sakit, sehinggakan suku botol minyak angin diletakkan tetapi arwah masih tidak hilang rasa sakitnye. Kadang kala juga, arwah mengadu kepada saya sendiri bahawa sakitnya tidak sebanding dengan sakit bersalin, ia lebih menyakitkan dari itu.. Allahu.. Dalam pada yang sama, arwah juga demam, tetapi tidak terlalu panas.. Arwah sering menyuruh Nur membasahkan kain lalu meletakkan nya di dalam peti ais dan kemudiannye di tuam keatas kepalanya serta pingangnya. Arwah juga kadang kala sukar bernafas dan sering memakan ubat- ubatan herba bagi mengurangkan sedikit penyakitnya. Tapi tiada apa pun yang berlaku. Namun begitu, arwah masih gagah untuk memikirkan kami sekeluarga, membelikan makanan, bermain dengan adik, bergelak ketawa bersama kami dan sebagainya, seolah-olah dia tidak sakit sekalipun.


Pada tarikh appointment seterusnya, iaitu dua minggu setelahnya 30/1/18 hari Selasa juga.. (malumlaa doktor pakar hanya ada pada hari selasa di hospital putrajaya). Arwah disahkan kanser payudara hasil daripada sampel yang diambil pada 16/1/18 hari itu. Doktor mengecheck tekanan darah seperti biasanya dan mendapati arwah mengalami tekanan darah yang terlalu rendah, lalu arwah di refer ke bahagian kecemasan dan kritikal untuk meningkatkan semula tekanan darah arwah. Arwah sememangnya telah menghidapi anemia dan selalu mengambil makanan yang dapat meningkatkan darahnya seperti delima, tetapi ia tidak membantu sedikit pun.. Arwah telah dibekalkan dengan dua pek darah.. Dari tengahari sehingga la petang pukul 4 lebih, Nur mengantikan posisi papa yang menjaga arwah dari pagi di wad semi kritikal untuk mengambil adik2 Nur yang di sekolah. Pada pukul 7 lebih, arwah dibawa ke wad biase di tingkat 4, katil 21.. Malam itu, sebelum tidur, arwah berpesan "Seandainya mama tak lepas dari kanser nie, kakak jaga laa adik2 ngan papa ehh..", pada waktu itu Nur tak menganggap ia serius kerana tidak mengetahui lagi stage berapa kanser tersebut, tetapi itulah pesanan terakhir yang ditinggalkan oleh arwah sebelum meninggalkan kami pada pagi Isnin depannya, 5/2/18.. Memang kami bergilir-gilir menjaga arwah di hospital, arwah pula sangat positif untuk keluar dari hospital Jumaat itu.. Akan tetapi niatnya untuk keluar dari hospital pada hari Jumaat itu terbantut dek ujian CT scan dan MRI.. 





Arwah sewaktu di hospital memakai mask oksigen yang sering Nur lihat di drama2 korea.. Pada waktu itu sesak nafasnya tidaklah seteruk pada hari berikutnya sehingga menyukarkan arwah untuk bercakap dan juga mengeringkan bibir arwah.. Arwah sangat rimas dengan mask tersebut kerana bibirnya semakin mengering dan juga arwah tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Masuk hari kelima, 3/2/18 Sabtu, Nur mengambil alih menjaga arwah pada malam hari.. Pada malam itu, Nur tidak dapat melelapkan mata kerana arwah sudah pun bertukar bilik, daripada bilik biasa kepada bilik pemerhatian yang locationya depan kaunter nurse. Setiap masa nurse pantau.. Doktor pada masa itu datang untuk mengambil test darah, tangan arwah pada waktu itu sudah bengkak2 kebiruan kerana sering ditebuk untuk test gula serta darah sepanjang lima hari sebelumnya.. Setelah selesai mengambil darah, arwah terus tertidur.. Tak lama kemudiannya, doktor tersebut datang semula, mengejutkan arwah untuk mengambil semula darah. Katanya, darah tadi tidak dapat diproses.. Selesainya ambil darah, tangan arwah bengkak sangat2.. Bengkak nya berganda setelah beberapa saat,, merasa risau Nur cuba menghubungi papa.. Papa hanya mampu menyuruh Nur memberi arwah minum atau makan untuk mengurangkan bengkak kerana arwah sudah dua hari tidak menjamah apa2 makanan selain dari meminum air kosong.
4/2/18, Ahad..
Sewaktu tengah malam, Nur bersiap2 untuk tidur di lantai.. Secara tidak semena datang nurse untuk mengecheck bacaan oksigen, tekanan darah serta, degupan jantung.. Pada ketika itu, arwah menanggalkan mask nye kerana tidak selesa.. Jadi nya, mesin tersebut berbunyi menandakan aras oksigen dalam badan arwah kurang.Arwah dipaksa untuk memakai semula. Tetapi keadaan berterusan begitu sehinggalah doktor dari ICU datang, dia mengatakan bahawa tekanan oksigen di sini tidak cukup untuk menampung keperluan arwah... Kiranya arwah memerlukan jumlah oksigen yang lebih besar la.. Kemudian, doktor tersebut menyuruh Nur menghubungi papa Nur.. Malangnya, papa Nur tidak mengangkat panggilan tersebut.. Jam pada ketika itu menunjukkan dua empat puluh pagi. Nurse datang untuk menyediakan persiapan untuk dibawa ke ICU, dia lantas berpesan pada Nur untuk mempacking segala belonging arwah kerana di ICU tidak dibenarkan membawa apa2 pun termasuk makanan luar. Nur pun mengemas semula toto yang patutnya Nur tidur tadi serta kerperluan arwah yang lain seperti hadiah dari saudara mara serta jiran tetangga dan kawan- kawannya.. Di samping melihat nurse menguruskan arwah, Nur cuba menghubungi papa Nur sehingga 60 kali dan Nur terus berputus asa kerana cuba menghubungi dari dua lima puluh sehingga empat dua puluh.. Tepat empat setengah arwah ditolak masuk ke ICU yang Nur sangkakan.. Rupanya arwah ditempatkan di CCU.. CCU bermaksud Cardiac Care Unit.. Lebih kurang berkaitan jantung.. Baru je Nur nak stay dan tunggu di dalam situ, Nur di halau keluar ke ruang menunggu.. Sementara di bilik menunggu itu, Nur sempat berborak dengan rakan- rakan Nur yang sudi tenangkan Nur pada ketika itu.. Agak lama juga Nur di situ, sampai tertidur- tidur setelah selesai membaca yasin..
Nur terjaga lebih kurang enam dua puluh? Disebabkan makngah call Nur.. Makngah juga cuba menenangkan Nur dan membantu Nur menghubungi papa Nur.. Sementara menunggu itu, Nur membuka telefon arwah yang dibanjiri puluhan mesej whatsapp.. Dengan tenang Nur membalas bahawa arwah telah ditempatkan di CCU tingkat satu.. Sejam kemudian papa Nur call.. Nur maklumkan bahawa arwah di CCU tingkat satu.. Lalu papa Nur berkata dia akan segera ke sana. Nur menyambung semula bacaan mesej sebelum tiba2 dipanggil seorang nurse untuk masuk ke CCU. Saat itu, Nur mula cuak, takut, dan sedih.. Nur tak kuat nak emlangkah masuk, jadi Nur kata kat nurse kejap lagi Nur masuk.. Nur baca yasin satu kali dan mesej papa Nur suruh datang segera, tapi papa Nur kata dia tengah menguruskan adik2 Nur yang ada tournament bola pagi itu. Dengan berat hati, Nur melangkah masuk CCU.. Sebaik tiba di CCU, Nur melihat arwah tidak sedarkan diri.. Padahal sebelum dibawa ke sini, arwah masih lagi elok berbual-bual dengan Nur.. Nur cuba kuatkan diri untuk tidak menangis di hadapan arwah kerana Nur tahu walupun arwah tidak sedar tapi arwah tetap boleh mendengarnya.. Nur menyentuh tangan arwah yang terasa hangat.. Sayu hati Nur melihat tube2 melingkari mulut dan hidung arwah.. Terlalu banyak wire2 dipasang di badan arwah.. Nur membetulkan selimut yang tersarung pada badan arwah.. Nur cuba melangkah mendekati kepala arwah lalu menyentuh ubun nya serta mengusap air matanya yang bertakung penuh di pipi.. Rasa sebak semakin terasa.. Merasakan diri seakan bisa menangis pada bila2 saja, Nur meninggalkan CCU atas saranan doktor kerana pasien masih tidak stabil.

Pada jam lapan sepuluh papa Nur tiba di tingkat satu CCU.. Nur menjelaskan keadaan arwah seperti yang diberitahu doktor.. Hati arwah membengkak, begitu juga beberapa bahagian lain.. Doktor juga mengatakan bahawa jantung nya tidak stabil dan boleh berhenti bila2 masa sahaja. Papa Nur kelihatan tabah dan positif.. Selepas menceritakan kejadian malam tadi sepenuhnya pada papa Nur, Nur meminta diri untuk menjawab panggilan kawan Nur.. Dalam sejam jugalah Nur berborak dengan dia (Hafizah Zaki), sewaktu panggilan berlangsung pada awalnya, Nur kira takde orang.. Rupanya dia menangis kerana sedih sangat2.. Nur pula rasa kesian sebab dia pula yang hati tisu sangat2.. Setelah berborak lama, Nur kembali semula ke bilik menunggu dan melihat papa Nur sedang menghubungi seseorang. Tiba2 datang seorang doktor memanggil kami ke dalam wad CCU. Doktor menjelaskan keadaan arwah di mana ia sangat kritikal dan memerlukan pembedahan yang segera.. Doktor juga sukar untuk menebak punca penyakitnya kerana ia merupakan kompilasi dari pelbagai penyakit.. Doktor ada mengatakan bahawa dia tidak pernah melihat seseorang yang menderita terlalu banyak penyakit seperti arwah.. Sebaik selesai memberi penerangan, papa Nur turun ke bawah untuk berjumpa dengan makngah serta atuk yang datang.. Disebabkan pada waktu ini, belum lagi masa melawat jadi hanya waris terdekat sahaja yang dibenarkan naik ke wad CCU. Sewaktu tibanya waktu melawat, mak aihh =,=.. Ramai bebenor.. Pening Nur buat seketika untuk menjawab soalan..Panjang nya barisan tidak terkira,, punyalah ramai melawat arwah.. Disebabkan ter lalu ramai dan Nur daa lapar sangat, Nur turun bawah cari papa Nur. Tak lama kemudian, kami bergerak ke cafe hospital lalu Nur di belanja oleh Kak Sani, kawan papa..
Selesai mengisi perut, Nur kembali ke atas untuk melayan kawan-kawan, sedara-mara serta jiran tetangga arwah.. Ramai yang menghulurkan sumbangan serta sokongan.. Disini Nur mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada yang sudi hadir melawat arwah serta memberikan sumbangan baik fizikal dan mental.. Nur ke hulu-hilir mengikut tetamu yang hadir.. Dek kerana hanya dua orang yang dibenarakan berada di wad CCU pada satu masa. Jadi ramai yang meminta Nur menjadi pengawal keluar masuk. Terasa sekejap sahaja daa menjengah ke empat petang, Nur menghabiskan masa berehat di surau bersebelahan ruang menunggu CCU.. Sambil berborak dengan makngah, nenek dan sedara-mara.. Penat seketika hilang apabila ustazah (bos Nur) datang lebih kurang pukul tiga sebelum tu.. Ustazah Nur bawa Nur lari kejap ke Wad Pediatrik..Huahh cantik wad kanak2 nie kan.. Haha teruja japp.. Kembali je ke wad CCU,, ramai lak mencari Nur.. Secara tak semena, mak ngah mencadangkan supaya Nur balik ke rumah kerana tiada siapa yang menjaga adik2 di rumah.. Merasakan yang adik2 menunggu Nur, Nur meminta izin papa untuk balik.. Mata papa Nur seakan tidak memberi memandangkan Nur satu-satunya yang boleh dihandle.. Jadi mak ngah laa tolong kenen2 kan bagi Nur balik.. Nur balik dengan di hantar oleh Chik Ika yang tinggal dekat ngan umah Nur je cuma Nur yang tak tau betapa dekatnya umah kami sedara- mara niehh..-.-" 


Nur balik2 je, tengok adik2 tengah makan.. Katanya coach dyorang yang belikan.. Nur teros naik atas untuk tidur.. Adwa (paling bongsu) naik atas dan baring sebelah Nur lalu kami tertidur bersama..Lebih kurang pukul lapan suku? Nur terjaga lalu mendapati papa Nur ada di bilik tengah berkemas.. Nur bertanya siapa yang menjaga arwah.. Lalu papa berkata malam2 mana boleh jaga kena balik la.. Soo Nur pun diam.. Malam tu, Nur siapkan baju sekolah adik2 untuk esok.. Lalu masuk tidur seperti biasa nya.. Keesokkannya,, 5/2/18, Isnin.. Nur menyiapkan adik2 ke sekolah agak lewat juga.. Masing2 penat sebab seharian di hospital.. Jadi, papa menghantar adik2 lewat skit ke sekolah.. Adwa dan Danial pergi sekolah daa nak pukul lapan setengah kerana sibuk nak sarapan dulu.. Selesai menghantar diorang ke sekolah, papa Nur memecut laju motornya ke hospital.. Oh yee,, malam tue, papa Nur ada berkata bahwa pada satu tengahari semalam, buah pinggang arwah gagal berfungsi lalu terpaksa menggunakan mesin dialisis.. Sebelum balik semalam juga, doktor ada berpesan untuk membelikan arwah stoking khas untuk demam yang biasenya digunakan di hospital.. enam puluh ringgit tak silap stoking tu papa daa belikan.. Sebaik tiba, papa Nur naik untuk memasangkan stoking tersebut.. Nur mula mengecheck telefon arwah untuk melihat mesej terbaharu. Sepuluh minit kemudian, papa Nur call Nur dan minta Nur ke atas sekarang sebab arwah daa kritikal sangat dan semua waris diminta hadir sekarang. Nur dengan segera berlari ke kaunter dan naik ke atas..

Papa Nur ceritakan semula apa yang terjadi tadi. Sebaik masuk ke CCU, papa Nur kata ramai doktor berkerumun cuba selamatkan arwah..Papa diberitahu jantung arwah terhenti seketika..Jadi doktor tengah berusaha nak selamatkannya..Papa Nur juga berkata pada Nur bahawa kalau apa2 jadi pada arwah lepas nie, kita kena sedia.. Nur pun keluar dari bilik menunggu lalu menangis.. Yew laa siapa boleh terima kan orang kata macam tu lebih2 lagi dari ahli keluarga sendiri..

p/s: Jari Nur nak patah daa nie.. Kepala Nur pun daa lenguh sebab duk menghadap laptop dari sejam yang lalu.. Huhu.. sib baik strong lagi mental nie,, tapi fizikal tak strong la plak.. Ngantuk daa nie.. Part 2 Nur update besok lak ekk? Sowwyy gais..
Post by: Little_gurl_18






Ulasan

Mak Ngah Maria berkata…
Tabah ya... Mak Ngah tahu, anak buah Mak Ngah yg satu ini kuat semangat nya...
Jangan abaikan kesihatan diri...jaga adik2 dan jaga diri sendiri juga...jgn jd lilin yg membakar diri utk org lain...jadi bintang takpe sentiasa menyinari malam yg gelita...
lina berkata…
Semoga tabah ye duhai anak.... Mengenali Ibumu suatu yang terindah....semoga anak menjadi seperti nya...bukan sahaje seorang yang bijak tp baik budi pekerti nya....

Catatan popular daripada blog ini

FYI ; Mengenai saya?

Budaya K-Pop?!

Pertemuan dengan sebuah jawapan.. (Part 2)